Sempena Posting CJM yang ke-30 ini, CJM akan berkongsi satu Resepi Western Food yang garing,rangup dan... nyummy menyelerakan, yang penting ianya Simple dan mudah untuk disiapkan.
Resepi Chicken Chop Lemonade zesss... Sebab apa Chicken Chop berperisa lemon menjadi pilihan CJM? sudah tentulah kerana..... CJM suka lemon... tu je sebenar haha...
O.k Jom kita memperkenalkan bahan-bahan untuk menyediakan Chicken Chop Lemonade zess...
Bahan-bahan Untuk mengoreng ayam.
- Isi ayam 500 gram (di hiris nipis-nipis, kalau tak nipis nanti tak rangup, lebar ayam ikut suka hati)
- Lemon 2 biji (sebiji pun boleh tapi kalau nak rasa lemon tu kuat 1 biji setengah o.k)
- Telur ayam 3 biji (ambil putih telur sahaja)
- Serbuk lada hitam (Blackpaper)
- Tepung Kentucky Serbaguna
- Bread Crumb Golden ( Serbuk Roti ambil yang warna perang)
- Minyak Masak untuk mengoreng.
Cara-cara menyediakan dan memasak Chicken Chop Lemonade Zesss...
1. Perahkan air Lemon bersama ayam yang dihiris nipis tadi.sebiji perahan air lemon pun boleh.
2. Masukkan pula Serbuk Lada hitam kedalam ayam. Gaulkan sebati
3. Masukkan ke dalam peti sejuk dan perap selama 20-30 minit.
![]() |
contoh seperti dalam gambar. |
4. Setelah 30 minit keluarkan ayam yang telah di perap dari peti sejuk tadi.
5. Ambil separuh-separuh cebisan ayam dan masukkan putih telur.
6. Masukkan bersama tepung Kentucky serbaguna.
7. Gaulkan.
8. Sediakan pula serbuk roti dalam bekas lain, angkat ayam yang di gaul bersama tepung tadi campur kedalam serbuk roti. Gaul rata.
9. Panaskan minyak dalam kuali. Api sederhana kecil.
10. Masukkan ayam yang telah bersalut tadi, seketul demi seketul.
11. ulang gaul untuk ayam yang selebihnya sehingga habis.
12. Goreng hingga garing dan berwarna perang keemasan.
13. setelah masak angkat dan toskan. OK sedia untuk di hidang.
Senangkan.
Chicken Chop Lemonade boleh juga dimakan bersama sayur kubis coleslaw (ala sayur yang ala-alah KFC tu) bersama kentang goreng, Mayonaise, sos cili dan jangan lupa perahkan sedikit air cebisan lemon. so... tarraaa..... siap untuk di jamah......
Selamat mencuba resepi yang simple dan sedap ini gais... emmmuacchhh...
Life is Simple,
Live With Love...