Friday, 30 March 2018

STEAMBOAT BAKAR KOTA KINABALU,SABAH




Hai guy,s

Sekarang musim hujan kat Kota Kinabalu....apabila malam menjelang rasa lapar yang teramat sangatlah pula.... almaklumlah, sejukkan.... nak pegi cari makan....makan apa yea..?

sudah tentu yang teristimewa untuk tatapan anda.

Kita nak show untuk anda steamboat hari ini, tapi yang 'special' nya steamboat + bakar disatukan sekali sebab itulah namanya Steamboat Bakar Kota Kinabalu... nak rasa sendiri pengalaman makan di sini dan boleh jadi salah satu pilihan anda untuk jalan-jalan cari makan kat K.K ni...

Okkeee jom terjah!...






Harga bagi setiap pelanggan dan waktu beroperasi.

Restauran ini terletak di jalan menuju ke KKIA 1 Airport
saya bagi alamat FB ni so... korang boleh korek Map kat sini k.










Restaurant ni memang banyak pengunjung dan agak popular di sekitar area K.K.




siap orang sambut Birthday lagi kat sini.


Tempat kita nak ambil makanan mentah.








Nak ambil ABC pun boleh.

Nak ambil Laksa pun boleh

Nak ambil mihun goreng pun boleh.

selain bahan mentah berbagai hidangan siap yang disediakan untuk pelanggan seperti
Bubur nasi, 
Nasi goreng,
kuew Tiau 
mee goreng besar
tapi kita boleh juga ambil mee dan mee hoon mentah untuk dimasak sendiri.

Bahan Mentah dah ambil kita nak masak pula.(Ni separuh bahan dah masuk dalam periuk api)


Memasaknya.




Sekarang masa untuk merasa.


STEAMBOAT BAKAR Memang Best.....Semoga bermanfaat guy's...



Saturday, 24 March 2018

Akuarium & Muzium Marin Institut Penyelidikan Marin Borneo, UMS Kota Kinabalu, Sabah.







Hai  Guy's,

Have a nice day today,,...Smile

O.k sekarang i nak ajak kalian pergi satu tempat tarikan pelancong yang agak special, di samping memberi ilmu tentang spesis hidupan laut kita juga dapat merasa seolah-olah feel hidup di dalam laut... iaitu Akuarium & Muzium Marin Institut Penyelidikan Marin Borneo Kota Kinabalu, Sabah.

Aquarium & Muzium Marin Institut Penyelidikan Marin Borneo ni terletak di Universiti Malaysia Sabah (UMS),Jalan UMS Kota Kinabalu, Sabah.

Jarak dari bandaraya Kota Kinabalu ke UMS adalah 11.1 km lebih kurang 33 minit masa perjalanan, bergantung kepada situasi traffic.

Jom...








Inilah Simpang yang anda akan lalu... sampai kat pondok guard kalau boleh berhenti dulu dan nyatakan kemana anda hendak pergi untuk mengikuti peraturan sistem keselamatan di Universiti ini.










selepas itu akan jumpa round about besar ... pilih jam 9.... jarak lebih kurang 3 km ke pusat aquarium.. k, sampai




Tempat Parking kereta untuk pengunjung 2 lot disediakan.


inilah bangunan pusat Akuarium & Muzium Marin...

Waktu beroperasi dan ketegori harga bagi setiap pengunjung.


yeah... dah dapat dah tiket...hooray!




LUKISAN MURAL.

Sebelum masuk kedalam bangunan akuarium saya nak tunjukkan sesuatu yang sangat menarik perhatian saya iaitu Lukisan Mural yang menghiasi pada dinding bangunan.






sungguh kreatif dan seni, Lukisan ini seolah-oleh hidup.

Thursday, 22 March 2018

The Power of 'Silent Killer' Si Pembunuh Emosi...





Hello...

Cik Jullizah mimie... datang lagi...

so today,, kita nak leraikan dan hujahkan satu topik yang ringan-ringan,simple-simple, jarang-jarang di fikirkan,jarang terlintas di fikiran tetapi boleh membunuh jika kita berdepan dengannya.... tentunya... Silent Killer si pembunuh emosi...

Bukan semua orang memiliki THE POWER OF SILENT KILLER  tapi ianya mampu mengubah seseorang TARGET tanpa kita berbuat apa-apa... just.... Shhhhh...diam... Silent...

Bagaimana? Mengapa? betulkah Power? JOM kita kaji...


Siapa selalunya memiliki Power Silent Killer ni?




Berdasarkan pemerhatian secara logikal,lebih 90% adalah perempuan @ wanita dan selebihnya 10% adalah lelaki.

Sebab apa peratusan macam tu? 

sebab lelaki selalunya bila marah dia akan tunjukkan dari body language, face extraction atau bebelan kecil, tinggi sikit pun dia akan campakkan barang menunjukkan emosi yang tengah amarah.Selepas itu, mereka akan done...o.k masaalah kecil je tak nak panjang-panjangkan...fikirnya...

Perempuan, sesetengah golongan  ini memang akan membebel panjang sebenarnya wanita jenis ini kurang berbahaya kerana mereka masih lagi boleh melihat muka kamu, boleh berinteraksi dengan kamu,boleh memikirkan untuk mencari jalan keluar atau penyelesaian untuk kamu, mereka juga adalah golongan yang tidak simpan dalam hati dan tidak akan marah untuk tempoh yang lama... apa orang cakap... panas 5 minit je...

But...si Silent killer ? bila mereka marah mereka akan:-

1. Diam tidak akan pandang muka kamu,
2. Tidak mahu ambil tahu hal kamu, 
3. Tidak akan sambut panggilan telefon kamu,
4. Tidak akan mengasihani ,
5. Tidak mahu berbincang
 dan yang paling pedih
6. Tidak akan bercakap dengan kamu...eeeverrr 

walaupun kamu duduk jadi patung depan mereka selama berjam-jam... bagi si Silent killer selagi dia marah...selagi itulah Silent killer akan terus menyengat....serangan berbentuk emosi.. tembak terus ke jantung... mengawal seluruh  kamu ...tanpa dia... berbuat apa-apa....

POWER BUKAN????


APA YANG PATUT DAN TAK PATUT DI LAKUKAN KETIKA SILENT KILLER MENYERANG.


Benda yang patut dilakukan.

Mereka yang mempunyai sifat silent killer ni bukan juga seorang yang pendendam, bukan juga seseorang yang nak masaalah di panjangkan cuma mereka rasa agak terkilan dengan si perlaku salah dan berfikiran
 "benda awak dah buat salah so... tanggunglah... nothing to says, apa lagi nak dikata awak dah buat."
 lebih kurang macam tu lah cara pemikiran si sillent killer.

tetapi ada beberapa perkara yang anda boleh buat dan tak boleh buat, kerana di khuatirkan jika anda melakukan sesuatu perbuatan bertujuan untuk memperbaiki tetapi salah langkah pula boleh jadi, ibarat menambah minyak pada api si silent killer yang sedia menyala.

o.k benda yang si perlaku salah tak patut buat :-

1. Jangan tegur atau bercakap dengan dia di awal permasaalahan.

2. Jangan sentuh atau ambil barang-barang kesayangannya contohnya teddy bear atau tuala atau bantal kecil kesayangannya kerana itu akan membuat dia bertambah geram dengan anda.

3. Elakkan untuk bersemuka dengan dia selama beberapa jam kalau boleh tunggu besok pagi selepas      bangun , mandi dan sarapan.

4. Mulakan perbualan dengan sesuatu yang tiada kaitan dengan permasaalahan, sesuatu yang                  menyenangkan...contohnya:-

"sayang, sedap tak saya buat sarapan tadi?"
"sayang jom shopping lama dah kita tak jalan sama-sama"
ataupun
"sayang, awak nampak segar pagi ni"
dan lemparkan senyuman yang paling manis yang anda boleh ukir dalam sejarah hidup anda.

mungkin sebagai permulaan dia akan membalas dengan jelingan, atau terus meninggalkan anda di meja makan tanpa menjawab apa-apa pun soalan anda. 

Don't give up... cuba lagi satu jam kemudian... 

anda mulakan,
"sayang perut i sakit.... boleh teman i pi klinik ke?"
si silent killer,
"kenapa pula tiba-tiba boleh sakit? apa awak makan semalam?"
ha... ada harapan dia dah tunjukkan ambil berat terhadap anda walaupun dengan nada geram
  anda,
"tak tau sayang tiba -tiba je sakit?" buatlah muka 5 sen sikit... macammana muka 5 sen ?.. cuba anda tengok kucing comel anda yang nak minta makan tu... lebih kurang camtulah muka 5 sen...
si silent killer,
"menyusahkan!"
tapi tetap bangun dan check2 perut anda... itu tandanya dah sejuk sikit....




Bagaimana nak tamatkan atau hapuskan atau singkirkan episod si Silent Killer.


Contoh kesinambungan dari cerita tadi... dalam perjalanan ke klinik..
ambillah peluang untuk minta maaf...

" sayang maafkan abg ye,abg tahu abg salah?"
dia akan diam...
"walau apapun terjadi lepas ni, saya salah dan saya tak akan buat lagi... saya tak akan ulangi lagi kesilapan macam ni"
"Betul"
o.k si silent killer dah respon,
"betul, saya betul-betul menyesal..."
(---------) diam sejenak.
"lain kali jangan buat lagi tau"
Biasanya Silent killer ni emosinya sensitif dan akan jatuh air mata semudah itu.
si perlaku salah
"JANJI"

that it's, semudah itu awak nak bisingkan si Silent killer... tapi... kenalah dengan hati yang jujur, perbuatan yang jujur dan kata-kata yang jujur dari hati  kerana tanamkan sifat yang jujur adalah supplement yang penting dalam sesuatu perhubungan tak kira dengan sesiapa atau apa jenis hubungan sekalipun...

sekian untuk entry The Power Of 'Silent Killer' si pembunuh emosi.... Semoga bermanfaat untuk relationship yang lebih sihat.... relationship goal... enjoy it...


Life is Simple, Live with Love... bubbye....














Sunday, 11 March 2018

Resepi Taufu Sayur Baby Kailan Sedap...




Hai guys,


Hari ni nak perkenalkan korang satu resepi memasak sayur yg tak payah menggunakan banyak bahan pun, hanya dua bahan utama sahaja...

Mudah, simple,cepat dan sedap  ..

Taknak cakap banyak jom click video di bawah ni untuk resepi yang super the boom ni..okkkee...





Resepi Taufu sayur Baby Kailan sedap...





Bahan-bahan

1.Sayur Baby Kailan     -   ikut suka berapa jumlah mau letak bergantung kepada berapa orang                                                       jumlah hidangan.
2. Taufu Kuning- taufu yang siap di go
reng tu.

3.Sos Tiram.

4.Minyak masak

5. Tepung Jagung - satu sudu kecil (untuk memekatkan)


sayur baby kailan potong kecil-kecil


Taufu kuning potong dadu.(besar sikit kira-kira satu biji 6 potongan)

cara-cara memasak....senang je...


Goreng dulu taufu kuning sehingga garing.




tumis sayur bersama taufu dan perasa lain.

Siap dah..... mudah bukan...?






Selamat menikmati hidangan bersama keluarga... smile..

Jangan lupa...

Love is Simple and Live with Love...emmmuach...































Resepi Chicken Chop Lemonade

Sempena Posting CJM yang ke-30 ini, CJM akan berkongsi satu Resepi Western Food yang garing,rangup dan... nyummy menyelerakan, yang...