Thursday, 22 March 2018

The Power of 'Silent Killer' Si Pembunuh Emosi...





Hello...

Cik Jullizah mimie... datang lagi...

so today,, kita nak leraikan dan hujahkan satu topik yang ringan-ringan,simple-simple, jarang-jarang di fikirkan,jarang terlintas di fikiran tetapi boleh membunuh jika kita berdepan dengannya.... tentunya... Silent Killer si pembunuh emosi...

Bukan semua orang memiliki THE POWER OF SILENT KILLER  tapi ianya mampu mengubah seseorang TARGET tanpa kita berbuat apa-apa... just.... Shhhhh...diam... Silent...

Bagaimana? Mengapa? betulkah Power? JOM kita kaji...


Siapa selalunya memiliki Power Silent Killer ni?




Berdasarkan pemerhatian secara logikal,lebih 90% adalah perempuan @ wanita dan selebihnya 10% adalah lelaki.

Sebab apa peratusan macam tu? 

sebab lelaki selalunya bila marah dia akan tunjukkan dari body language, face extraction atau bebelan kecil, tinggi sikit pun dia akan campakkan barang menunjukkan emosi yang tengah amarah.Selepas itu, mereka akan done...o.k masaalah kecil je tak nak panjang-panjangkan...fikirnya...

Perempuan, sesetengah golongan  ini memang akan membebel panjang sebenarnya wanita jenis ini kurang berbahaya kerana mereka masih lagi boleh melihat muka kamu, boleh berinteraksi dengan kamu,boleh memikirkan untuk mencari jalan keluar atau penyelesaian untuk kamu, mereka juga adalah golongan yang tidak simpan dalam hati dan tidak akan marah untuk tempoh yang lama... apa orang cakap... panas 5 minit je...

But...si Silent killer ? bila mereka marah mereka akan:-

1. Diam tidak akan pandang muka kamu,
2. Tidak mahu ambil tahu hal kamu, 
3. Tidak akan sambut panggilan telefon kamu,
4. Tidak akan mengasihani ,
5. Tidak mahu berbincang
 dan yang paling pedih
6. Tidak akan bercakap dengan kamu...eeeverrr 

walaupun kamu duduk jadi patung depan mereka selama berjam-jam... bagi si Silent killer selagi dia marah...selagi itulah Silent killer akan terus menyengat....serangan berbentuk emosi.. tembak terus ke jantung... mengawal seluruh  kamu ...tanpa dia... berbuat apa-apa....

POWER BUKAN????


APA YANG PATUT DAN TAK PATUT DI LAKUKAN KETIKA SILENT KILLER MENYERANG.


Benda yang patut dilakukan.

Mereka yang mempunyai sifat silent killer ni bukan juga seorang yang pendendam, bukan juga seseorang yang nak masaalah di panjangkan cuma mereka rasa agak terkilan dengan si perlaku salah dan berfikiran
 "benda awak dah buat salah so... tanggunglah... nothing to says, apa lagi nak dikata awak dah buat."
 lebih kurang macam tu lah cara pemikiran si sillent killer.

tetapi ada beberapa perkara yang anda boleh buat dan tak boleh buat, kerana di khuatirkan jika anda melakukan sesuatu perbuatan bertujuan untuk memperbaiki tetapi salah langkah pula boleh jadi, ibarat menambah minyak pada api si silent killer yang sedia menyala.

o.k benda yang si perlaku salah tak patut buat :-

1. Jangan tegur atau bercakap dengan dia di awal permasaalahan.

2. Jangan sentuh atau ambil barang-barang kesayangannya contohnya teddy bear atau tuala atau bantal kecil kesayangannya kerana itu akan membuat dia bertambah geram dengan anda.

3. Elakkan untuk bersemuka dengan dia selama beberapa jam kalau boleh tunggu besok pagi selepas      bangun , mandi dan sarapan.

4. Mulakan perbualan dengan sesuatu yang tiada kaitan dengan permasaalahan, sesuatu yang                  menyenangkan...contohnya:-

"sayang, sedap tak saya buat sarapan tadi?"
"sayang jom shopping lama dah kita tak jalan sama-sama"
ataupun
"sayang, awak nampak segar pagi ni"
dan lemparkan senyuman yang paling manis yang anda boleh ukir dalam sejarah hidup anda.

mungkin sebagai permulaan dia akan membalas dengan jelingan, atau terus meninggalkan anda di meja makan tanpa menjawab apa-apa pun soalan anda. 

Don't give up... cuba lagi satu jam kemudian... 

anda mulakan,
"sayang perut i sakit.... boleh teman i pi klinik ke?"
si silent killer,
"kenapa pula tiba-tiba boleh sakit? apa awak makan semalam?"
ha... ada harapan dia dah tunjukkan ambil berat terhadap anda walaupun dengan nada geram
  anda,
"tak tau sayang tiba -tiba je sakit?" buatlah muka 5 sen sikit... macammana muka 5 sen ?.. cuba anda tengok kucing comel anda yang nak minta makan tu... lebih kurang camtulah muka 5 sen...
si silent killer,
"menyusahkan!"
tapi tetap bangun dan check2 perut anda... itu tandanya dah sejuk sikit....




Bagaimana nak tamatkan atau hapuskan atau singkirkan episod si Silent Killer.


Contoh kesinambungan dari cerita tadi... dalam perjalanan ke klinik..
ambillah peluang untuk minta maaf...

" sayang maafkan abg ye,abg tahu abg salah?"
dia akan diam...
"walau apapun terjadi lepas ni, saya salah dan saya tak akan buat lagi... saya tak akan ulangi lagi kesilapan macam ni"
"Betul"
o.k si silent killer dah respon,
"betul, saya betul-betul menyesal..."
(---------) diam sejenak.
"lain kali jangan buat lagi tau"
Biasanya Silent killer ni emosinya sensitif dan akan jatuh air mata semudah itu.
si perlaku salah
"JANJI"

that it's, semudah itu awak nak bisingkan si Silent killer... tapi... kenalah dengan hati yang jujur, perbuatan yang jujur dan kata-kata yang jujur dari hati  kerana tanamkan sifat yang jujur adalah supplement yang penting dalam sesuatu perhubungan tak kira dengan sesiapa atau apa jenis hubungan sekalipun...

sekian untuk entry The Power Of 'Silent Killer' si pembunuh emosi.... Semoga bermanfaat untuk relationship yang lebih sihat.... relationship goal... enjoy it...


Life is Simple, Live with Love... bubbye....














No comments:

Resepi Chicken Chop Lemonade

Sempena Posting CJM yang ke-30 ini, CJM akan berkongsi satu Resepi Western Food yang garing,rangup dan... nyummy menyelerakan, yang...