Apa khabar sihat..? kalau sihat alhamdulilah... kalau tak sihat tu jangan lupa cepat-cepat pergi jumpa doktor tau...maklumlah sekarang ni kan musim panas sikit... batuk-batuk, sakit-sakit kepala tu... biasa... tapi rajin makan ubat tau....hihi
okkee malam ni kita nak buat hidangan main cost. yang menjadi kegemaran kebanyakan orang walau macam mana ianya di hidangan. Resepi Nasi Ayam Empuk Di Masak Dua Kali. ha... hairankan macammana dia di masak 2 kali pula, alah senang je dont worry be happy....jom kita masak...
Untuk masak nasi ayam kita ada 3 bahagian masak iaitu,Masak sup Ayam, Masak Nasi Ayam dan memerap Ayam/kukus.
Bahan-bahan Sup Ayam.
1. Ayam segar separuh badan bersihkan.
2. 3 Kiub pati ayam (nak letak 2 kiub pun boleh)
3. 5 ulas bawang putih ditumbuk halus
4. seinci Halia di tumbuk halus
5. serbuk lada putih
6. serbuk lada hitam
7. garam secukup rasa.
![]() |
Bahan-bahan membuat Sup |
Reneh Ayam sehingga mendidih dan masukkan semua bahan. setelah ayam masak rasa sikit untuk pastikan ayam dan kuah sup empuk dan pekat seperti yang di inginkan.
Angkat ayam dan masukkan kedalam dulang stim.
Bahan-bahan membuat Nasi Ayam.
1. Beras yang sudah di cuci bersih
2 .Margerin
3. Bawang putih tumbuk halus
4. 5 biji Buah pelaga
5. bunga lawang
6. sedikit garam(jika mahu)
Cara-cara memasaknya.
![]() |
Masukkan margerin, bawang putih yang telah ditumbuk halus,buah pelaga & bunga Lawang. Sampai nampak kuning keemasan. |
![]() |
masukkan beras, sangai sehingga tak kering dan tak melekat. |
![]() |
angkat dan masukkan kedalam periuk nasi dan tuang kuah sup ayam tadi. masak nasi seperti biasa. |
![]() |
Siap Untuk di masak. |
![]() |
Nasi ayam dah masak... |
Bahan-bahan untuk Perapan Ayam.
1. Sos Tiram.
2. Madu.
3. Kicap pekat.
4. Kicap Cair
5. Kicap Meggi
6. Serbuk Lada hitam
Cara-cara perap Ayam dan Masak.
![]() |
Semua bahan saya masukkan sesudu besar... tapi ianya sebenarnya mengikut berapa besar ayam yang nak di perap. |
![]() |
Campurkan kuah ayam sup sikit,gaul bahan perapan sebati keseluruh ayam. perap di dalam peti sejuk beku selama 15 minit. |
![]() |
Keluarkan dar peti sejuk dan masukkan kedalam pengukus dan panaskan sehingga empuk daging ayam lerai dari tulangnya. |
ANGKAT,HIAS DAN SIAP....
Mudah bukan?.....
Selamat Mencuba guy's....
emmmuaachhh
Life is Simple & Live with love...
No comments:
Post a Comment