Sunday, 3 June 2018

Kelebihan Menangis dan Menangislah Untuk Menang.

Hai guy's,


Lama tak berborak-borak kat blog ni kan, tentang isu,catatan ,persoalan dan macam-macam lagilah, ialah Di Malaysia selepas Pilihan Raya lepas tu bulan puasa, selepas itu hari raya pula. Jadi, banyak aturcara dan susun atur dalam blog ni mengikut isu-isu dalam aliran terkini... haha... trending dan virallah katakan.


O.k CJM nak cerita pasal 'Menangis' hari ini, Kenapa kita perlu menangis untuk menang? Menangis dan Menang? mudahkah?.


Menangis selalunya di kaitkan dengan budak-budak. Contohnya "eh, awak ni menangis macam budak-budaklah",  "awak bukan budak-budak janganlah menangis?" ataupun " malulah menangis kita bukan budak-budak?... seriously? budak-budak? habis tu kalau kita nak menangis airmata tu dah nak keluar membanjiri pipi? nak buat apa?, SUMBAT?, Salahkah jadi budak-budak untuk melepaskan kesedihan di dalam hati?.


Kadang-kadang kita perlu menangis juga walau setabah mana pun hati kita, kenapa nak malu untuk menangis bukankah menangis itu adalah lumrah yang di berikan untuk insan yang bergelar manusia? bukankah sifat itu adalah salah satu kelebihan yang diberi menjadi sifat azali manusia?.Menangis bukan bermakna kita tak kuat, tapi menangis menunjukkan betapa rendahnya hati kita mengenangkan kepada kesakitan, penganiayaan, penyesalan dan sensitifviti terhadap sesuatu isu dengan mendalam.


Menangis untuk meraih Simpati.(Touch up to the heart)




Kalau kita selalu tengok cerita-cerita filem Korea, Hindustan filem yang bertemakan cinta, perjuangan bangsa jika penyampaian itu di berikan dengan baik dengan alunan-alunan muzik menyentuh jiwa sudah pasti  penonton akan menangis seolah-olah mereka yang tengah berada di dalam filem itu, kenapa kejadian itu berlaku?itukan hanya sebuah layar perak, sebuah cerita yang hanya dilakonkan.


Ini di panggil strategi 'Touch up to the heart' maknanya sentuh sampai ke hati.Sebagai manusia kita akan mudah menangis apabila melihat, mendengar, menjiwai, hati kita mudah di sentuh. Ialah kadang-kadang ada juga sifat orang yang boleh sembunyikan perasaan atau menguatkan hati untuk tidak menangis kebanyakkannya Lelaki... airmata jantanlah di katakan.Itu adalah salah satu contoh macammana perasaan menangis itu bertindak balas touch up to the heart.



Kadang-kadang sepasang suami isteri bergaduh, bertekak,menjerit masing-masing mahu memenangkan fakta ,masing-masing tidak mahu mengalah. Maka,CJM nasihatkan awak 'Menangislah' mungkin itu adalah salah satu cara untuk selamatkan rumahtangga anda daripada fakta-fakta kebenaran yang sebenarnya tak penting pun, yang penting adalah rumahtangga kalian. Jika benar-benar pasangan kita menyayangi kita? dia tidak akan sanggup tengok kita menangis dan bersedih, betul tak? mereka akan cuba cari jalan penyelesaian berbanding nak menangkan ego sendiri dan membuat pasangan bersedih.Ingat kahwin, cerai bukan perkara yang mudah tidak boleh main lepas-lepas saja hanya kerana ego dan fakta yang tak memberi manfaat serta keberuntungan yang berguna.


Di katakan pemimpin-pemimpin sekarang perlu ada kelebihan 'Menangis' untuk meraih simpati rakyat pada saya itu tak salah 'Menangis' bukan suatu perkara yang pelik pada manusia.Semasa pertama kali kita lahir kedunia ini pun kita menangis jugakan. Jadi, kenapa perkara itu nak di persoalkan, lagi pula,apabila seorang pemimpin menangis di depan rakyat sebenarnya,dari situ rakyat melihat seseorang individu mempunyai perasaan rendah hati walaupun mereka adalah pimpinan yang tertinggi.Strategi? why not? ianya berbaloi ..percayalah.


Ikhlas Menangis ataupun berlakon menangis.



Di ambil dari cerita pemimpin yang mempunyai bakat menangis tadi, adakah ia strategi untuk meraih simpati rakyat? atau keikhlasan dalam menunjukkan kesedihan mengenang nasib yang menimpa rakyat?. Situasinya begini, anda mempunyai fakta yang benar, bukti, kebolehan memimpin, berhujah, bernas, mantap,padat tapi malangnya segolongan rakyat tak faham, makin di jelaskan makin tak faham, berbuih air liur berceramah berjam-jam,habis segala fakta luar dan dalam di keluarkan... rakyat MASIH TAK FAHAM, jadi jalan terakhir adalah...you have to cry, awak perlu menangis keluarkan apa yang disembunyikan di sebalik hati yang keras kadang-kadang penyampaian semasa kita menangis adalah sesuatu yang jauh lebih ikhlas, lebih dekat dengan telus,setaraf dengan jujur.


Adakah ia situasi yang terdesak? secara jujurnya, awak memang patut rasa terdesak, MENANGISLAH UNTUK MENANG. Ianya berbaloi.


Berlakon menangis, ia adalah tajuk yang subjek, awak seorang pelakon dan awak perlu menangis untuk menjiwai watak.Begitulah juga, dengan hakikat sebenar dalam hidup kita, seseorang akan menangis bila dah ketahuan a.k.a KANTOI dia perlu menangis untuk tidak dipersalahkan atas kesalahan yang dilakukan menangis untuk mendapat belas simpati. Biasanya, segala sudah terlambat awak menangis darah sekalipun semua telah terjadi sehinggakan tiada lagi belas kasihan untuk awak walau secebis... jadi pengajarannya, berhenti berlakon menangis, berfikir sebelum bertindak untuk menjaga sedikit belas simpati orang lain kepada awak.

Menangis Sebagai Senjata.


Ha.... ini yang CJM suka nak borak ni,siapa yang selalu memiliki senjata menangis ni? terus terlintas di fikiran PEREMPUAN, silaplah lelaki pun ada juga menjadikan menangis itu sebagai senjata, jika tidak masakan apabila lelaki buat salah sampai menangis-nangis meminta maaf, disamping membeli bunga-bungaan berwarna-warni untuk memohon maaf, menangis juga adalah senjata mereka sebagai tanda ke'macho'an telah di buang untuk mendapat pengampunan dari yang teragong.(lelaki yang dah kantoi buat salah apa lagi nak tunjuk macho?buang jelah...)





Apabila perempuan/wanita menangis, kita mudah untuk merasa simpati sebab wanita ini telah di zahirkan lembut dan ayu apabila ditambah lagi dengan sentuhan kesedihan dari zahir yang lembut. Ia akan melahirkan impak automatik suasana serba KEPILUAN, dengan airmata yang mendayu-dayu, wajah bertukar warna merah jambu, tutur kata yang sebak dan esak tangis yang tersendu-sendu.Semestinya satu dunia pun orang akan bagi supaya wanita itu berhenti menangis.YES, airmata adalah senjata wanita. haha... tetapi itu hanyalah secara specific, ada juga wanita/perempuan yang telah tanam azam takkan menangis untuk mendapat simpati.Setiap Individu mempunyai personality berbeza-beza, boleh jadi guna senjata itu, boleh jadi tidak.



Tangisan kegembiraan.


Ok guy's sekian bicaratara CJM untuk topik ni, setiap buah fikiran yang baik silalah diambil, yang tak baik di hem...hem..hem...



Life Is Simple, Live with Love...













No comments:

Resepi Chicken Chop Lemonade

Sempena Posting CJM yang ke-30 ini, CJM akan berkongsi satu Resepi Western Food yang garing,rangup dan... nyummy menyelerakan, yang...