Friday, 17 August 2018

Kesedaran Mengenai Penderaan Emosi di tempat Kerja Anda.





Bekerja adalah sumber pendapatan bagi seseorang 
individu, individu berkeluarga dan bagi sesetengah manusia di seluruh dunia memerlukan pekerjaan untuk menambah pendapatan atau lumrah aktiviti harian bagi masyarakat di seluruh dunia.Bagi sesetengah masyarakat yang tidak memilih untuk bekerja untuk menyara keperluan hidup, mereka akan memulakan sesebuah perniagaan ianya di panggil bisnessman/bisneswoman.Setelah itu, mereka akan mengambil pekerja untuk bekerja bersama mereka di bawah satu organisasi syarikat, samaada kecil atau besar. Begitulah kitaran pendapatan itu berpusing-pusing bagi masyarakat di seluruh dunia.

Namun, CJM hari ini suka untuk membincangkan berkaitan Kesedaran Penderaan Emosi di tempat Kerja, bagi orang yang bekerja pasti merasai bagaimana emosi itu telah didera apabila anda ingin cuba untuk membuat yang terbaik di tempat kerja anda... betul tak?..


Sebagai kajian ,anda perlu ketahui bahawasanya ada DUA situasi yang berlaku di sini...







 1. SITUASI SI PENDERA.
 2.SITUASI YANG DI DERA.

 Apa yang kita akan bincangkan selepas ini, adalah bagaimana untuk kita menghapuskan penderaan emosi di tempat kerja anda secara langsung ataupun secara tidak langsung.


Penderaan emosi tempat kerja??? pentingkah nak bincang??? bukankah tempat kerja adalah tempat yang sepatut penuh dengan stress??? taknak stress duduk rumahlah bai... hanya hati kental je boleh tahan kerja ni....

 oooooooo..key buah fikiran macam tu...it's wrong, salah...its a big XXX.... tahukah anda bahawa?


'MASA HADAPAN PERNIAGAAN ANDA AKAN ADALAH TERBATAS SEKIRANYA PARA PEKERJA TIDAK DI URUS DENGAN CARA YANG BERKESAN.'


Jika tidak mengapa di seluruh negara menubuhkan organisasi-organisasi seperti:-

-Akta pekerjaan.

-Akta kesatuan sekerja.
-Akta KWSP.
-Akta keselamatan Sosial Pekerja.

Untuk apa?kerana masyarakat dunia sekarang sudah celik untuk memandang serius akan kebajikan pekerja.Termasuklah juga dengan emosi para pekerja.


Bersetujukah anda bahawa bagaimana profesional pun seseorang,bagaimana kental pun hati seseorang pekerja namun dia tetap manusia yang ada hati, perasaan dan emosi... cuba tekankan tepat ke dalam emosinya, contohnya bercakap kasar atau mengeluarkan perkataan-perkataan kurang sopan pasti dia meletop ..cuma...  bezanya adalah jangka waktu bagi setiap individu , jangka masa seminggu?sebulan? atau setahun? pasti akan meletop jua.... kerana manusia tetap manusia...



Peratusan AURA di tempat kerja.




Mari kita atur peratusan kestabilan AURA yang perlu ada di tempat kerja yang kebanyakan para majikan suka mengambil ringan tentang ini.

50 % - menjalankan kerja yang diberikan dengan betul, bersih,teliti,pantas dan memuaskan.


30%  - Stress atau tekanan perlu ada bagi membina minda para pekerja dari satu tahap ke satu tahap.


15% - penjagaan emosi para pekerja atau pekerja baru di tempat anda atau sesama pekerja.


5% - waktu rehat, santai, sessi membawang sesama rakan di tempat kerja.



Kenapa saya letak 15% adalah sesi untuk penjagaan emosi di tempat kerja? 


Contohlah,


Seorang PEKERJA BARU masuk di tempat kerja anda,pastinya dia tidak tahu nak buat apa-apa tanpa bantuan dari SENIOR di tempat kerjanya, bantulah dia untuk perjalanan kerja yang lebih lancar... jangan di buli, jangan pula di anggap sebagai saingan kerana dia masih baru tidak boleh di bandingkan dengan pekerja yang sudah lama berkhidmat.Ingat, bahawa pekerja baru itu di ambil bekerja kerana majikan tahu bahawa anda tidak boleh melakukan segala kerja sendiri bukan kerana anda tidak cukup bagus, tetapi dia adalah untuk meringankan kerja anda. Jadi pandang ia dari sudut positif.





Lagi pula, mungkin dia graduan yang baru keluar untuk mencari rezeki sama seperti anda, sama-sama mencari rezeki.Jadi, sikap bertimbang rasa itu perlu ada,bila anda melakukan sebaliknya anda mungkin boleh menyebabkan penderaan emosi pada orang lain.Sebenarnya, ia tidak menguntungkan pada mana-mana pihak sebab jika anda berjaya buat seorang pekerja baru berhenti (resign), ianya tidak akan berhenti disitu... seorang pekerja baru lagi akan menyusul dan begitulah seterusnya... silap haribulan anda yang akan di berhentikan.Oleh itu, kerjalah dengan hati yang ikhlas.





Penjagaan emosi di tempat kerja boleh anda praktikkan hanya dengan senyum jika berjumpa, bertanya sudah makankah pada waktu rehat, sekali-sekala anda bolehlah juga anda ambil tahu permasaalahnya samaada di temapat kerjakah atau masaalahnya yang berkaitan dengan kerja contohnya,masaalah pengangkutan ke tempat kerjakah.Percayalah ianya hanya cebisan untuk menhilangkan sedikit stress yang melanda.Sekurang-kurangnya bila kita mengambil berat sesama sendiri di tempat kerja anda akan merasakan anda tidak berseorangan menghadapinya.


Peranan Majikan atau Orang Atasan.




Bila anda menubuhkan sesebuah organisasi,anda akan mengambil beberapa orang untuk menjadi pekerja anda. Orang dari tempat, bangsa, umur dan agama yang berbeza-beza bekerjasama di bawah label anda, anda seharusnya mempunyai kesedaran yang lebih besar bagaimana untuk menjaga emosi pekerja-pekerja anda.Jangan anda hanya memikirkan soal keuntungan dan progress saja terus berjalan dengan laju,tahukah anda bahawa daya emosi yang stabil  dan persekitaran yang berinovatif tinggi mampu meransang integriti yang tinggi pada pekerja anda, ianya produk baik untuk peningkatan produktifiviti dan progrestiviti dalam sesebuah organisasi.Bagi memudahkan anda, disarankan mengambil seorang pekerja Human Resources misalnya untuk mengurus hal-hal kebajikan pekerja. ianya adalah salah-satu langkah yang baik. 




Apabila kesedaran emosi ini di pratikkan, nescaya anda mampu menghasilkan sebuah organisasi yang kuat dan mampu berkembang dari masa ke semasa.Ini dapat menunjukkan bahawa selain modal, PEKERJA juga adalah penting dalam peningkatan ekonomi organisasi anda seterusnya perindustrian daerah-daerah kecil, negeri,negara dan begitulah seterusnya dari sudut membantu meningkatkan ekonomi.


Mengurangkan peratusan manusia mendapat penyakit mental di dunia.





Apabila anda minum di kedai kopi ,restoran atau tempat-tempat lepak awam cuba untuk perhatikan orang di sekeliling anda, pasti terdapat aura-aura seperti manusia dalam keadaan murung, tidak selera makan, nampak lesu ada juga yang terpancar dari muka bagaimana tertekannya hidup mereka mungkin juga tengah memikirkan kerja- kerja yang bertimbun di pejabat.Sindrom-sindrom ini adalah tanda awal bagi penyakit seperti:-

1. DEPPRESSION 

- Kesedihan yang melampau,berhalusinasi negatif.

2. SKIZOFRENIA 

- Gangguan psikologi atau jiwa menyebabkan kegagalan otak berfungsi dengan baik.

3. BIPOLAR DISORDER

 - Perubahan yang tidak terbiasa pada hati atau aktiviti-aktiviti baru sehari-harian.

4. OBSESIF KOMPULSIF DISORDER

- Gangguan dari pemikiran yang terlalu resah/bimbang.


Jika ini berlaku dan peningkatan peratus semakin meningkat , bagaimana kita boleh berkembang menjadi negara yang maju dari sudut ekonomi dan keharmornian jikalau, kebanyakan penduduknya di sahkan mengalami penyakit-penyakit seperti ini?mungkin juga generasi akan datang juga takut untuk keluar rumah kerana terdedah pada orang-orang yang mungkin menunjukkan sindrom-sindrom penyakit mental.


Lihatlah bagaimana parahnya kesan apabila kita tidak mempunyai kesedaran tentang gangguan mental dan penderaan emosi masyarakat di sekeliling kita.Bukan sahaja di tempat kerja,kawasan kejiranan,sekolah, malah di tempat-tempat awam sekalipun kita perlu ada KESEDARAN MENGENAI gangguan mental dan PENDERAAN EMOSI.



Sekian.






Semoga Bermanfaat....



Life is Simple,
Live With Love




Monday, 6 August 2018

Ali Banat, MATW Projek dan Amanat Terakhirnya.



Innalilahwainnalillahirojiun... Sesungguhnya daripada-NYA kita datang dan kepada-NYA kita kembali... wallahualam..

Sekitar bulan yang mulia ramadhan 2018 kita di kejutkan dengan kematian seorang aktivis Islam Almarhum saudara Ali Banat. Siapa Ali Banat?Kenapa dia menjadi perhatian dunia? dan bagaimana dia memberi Inspirasi masyarakat di seluruh dunia?... jom kita ketahui biografinya yang sebenar.


Nama : Ali Banat

Agama :  Islam

Warganegara   :  Australia

Pekerjaan : Bekas ahli Perniagaan berjaya Australia , membuat kerja kebajikan

Tarikh Lahir : 16 February 1982

Umur   :36 Tahun

Tarikh Meninggal : 29 May 2018

Penyakit di kesan : Testicular Cancer



Ali Banat di laporkan merupakan antara ahli perniagaan yang berjaya di Australia, dia mempunyai segala-galanya yang selalu di inginkan bagi orang kebanyakan kereta mewah ferrari, mahligai indah, harta, wang, malah selipar biasa yang di milikinya pun di anggarkan berharga 700 US dollar itu hanya selipar... wou!!! kalau selipar jepun je pun berharga macam itu sudah tentu barangan aksesori lain mencecah ribuan dollarkan... macam itulah kekayaan yang dimiliki oleh saudara Ali banat.



MATW Projek.






Mata terbuka luas bila dia disahkan menghidap penyakit kanser, dalam satu sesi temuramahnya dia tidak menganggap itu sebagai pengakhiran hidupnya.Ia menganggap itu adalah satu hadiah dari Allah S.W.T apabila dia disoal kenapa menganggap itu adalah hadiah? Ali Banat menjawab "Sebab semua yang bernyawa pasti akan mati,walaupun kita mempunyai nafas di dalam air sekali pun,(maksudnya hidupan laut)tetapi bagaimana Tuhan akan memberitahu pada kita bila sampai waktunya... ianya berbeza-beza ada yang mati di kelab hiburan, mabuk, dan ada juga yang mati ketika berhalusinasi overdose tetapi dirinya diberikan peluang untuk berbakti kepada orang lain dan peringatan bahawa masanya sudah dekat sebab itulah ia dikatakan 'HADIAH".




MATW bermaksud Muslim Around The World adalah projek Ali Banat bersama rakan-rakannya bagi membantu orang yang memerlukan telah di tubuhkan pada tahun 2015,ianya lebih kepada kerja-kerja kebajikan membantu orang-orang yang susah kelaparan,memerlukan dan gagasan itu telah berjalan sampai ke TOGO dan seluruh Africa.

Ali Banat telah memulakan GO FUND ME untuk kerja-kerja kebajikannya.







Pesanan serta Amanat terakhir Ali Banat.



Dalam klip video yang di muatnaiknya dia ada memberikan beberapa pesanan untuk masyarakat di luar sana.






1. Saudara saudari kamu kena ada perancangan projek dalam hidup untuk membantu orang lain walaupun bukan dari apa yang kita boleh  lakukan sendiri boleh jadi juga ianya melalui idea orang lain selagi kamu di beri peluang untuk hidup.

2. Kepada saudara saudari di luar sana yang melakukan kerja-kerja kebajikan, jika kamu dapat memberi Insprasi pada 1 atau 2 atau 3 orang malah lebih kepada orang lain.Insya Allah kamu akan diberi keberkatan dari Allah S.W.T pada hari kematian anda dan selamanya sehingga hari pengadilan.(hari kiamat) InsyaAllah.

3. Jika kamu terasa amat memerlukan seseorang untuk memberimu perhatian, janganlah berasa risau dan bersedih kerana Allah S.W.T akan menghantar sesorang kepada kamu tanpa kamu duga atau kamu rancang, kamu hanya perlu terus percaya dan Tawakkal kepada-NYA InsyaAllah.


-Video The Prophet Phat.
-Credit OnePhat Network.






Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas Rohnya saudara Ali Banat,
Meletakkan dia di atas junjungan yang tertinggi disamping orang-orang yang beriman dan dikasihi-NYA...AMIN ya Robbal alamin...







Resepi Chicken Chop Lemonade

Sempena Posting CJM yang ke-30 ini, CJM akan berkongsi satu Resepi Western Food yang garing,rangup dan... nyummy menyelerakan, yang...