Monday, 6 August 2018

Ali Banat, MATW Projek dan Amanat Terakhirnya.



Innalilahwainnalillahirojiun... Sesungguhnya daripada-NYA kita datang dan kepada-NYA kita kembali... wallahualam..

Sekitar bulan yang mulia ramadhan 2018 kita di kejutkan dengan kematian seorang aktivis Islam Almarhum saudara Ali Banat. Siapa Ali Banat?Kenapa dia menjadi perhatian dunia? dan bagaimana dia memberi Inspirasi masyarakat di seluruh dunia?... jom kita ketahui biografinya yang sebenar.


Nama : Ali Banat

Agama :  Islam

Warganegara   :  Australia

Pekerjaan : Bekas ahli Perniagaan berjaya Australia , membuat kerja kebajikan

Tarikh Lahir : 16 February 1982

Umur   :36 Tahun

Tarikh Meninggal : 29 May 2018

Penyakit di kesan : Testicular Cancer



Ali Banat di laporkan merupakan antara ahli perniagaan yang berjaya di Australia, dia mempunyai segala-galanya yang selalu di inginkan bagi orang kebanyakan kereta mewah ferrari, mahligai indah, harta, wang, malah selipar biasa yang di milikinya pun di anggarkan berharga 700 US dollar itu hanya selipar... wou!!! kalau selipar jepun je pun berharga macam itu sudah tentu barangan aksesori lain mencecah ribuan dollarkan... macam itulah kekayaan yang dimiliki oleh saudara Ali banat.



MATW Projek.






Mata terbuka luas bila dia disahkan menghidap penyakit kanser, dalam satu sesi temuramahnya dia tidak menganggap itu sebagai pengakhiran hidupnya.Ia menganggap itu adalah satu hadiah dari Allah S.W.T apabila dia disoal kenapa menganggap itu adalah hadiah? Ali Banat menjawab "Sebab semua yang bernyawa pasti akan mati,walaupun kita mempunyai nafas di dalam air sekali pun,(maksudnya hidupan laut)tetapi bagaimana Tuhan akan memberitahu pada kita bila sampai waktunya... ianya berbeza-beza ada yang mati di kelab hiburan, mabuk, dan ada juga yang mati ketika berhalusinasi overdose tetapi dirinya diberikan peluang untuk berbakti kepada orang lain dan peringatan bahawa masanya sudah dekat sebab itulah ia dikatakan 'HADIAH".




MATW bermaksud Muslim Around The World adalah projek Ali Banat bersama rakan-rakannya bagi membantu orang yang memerlukan telah di tubuhkan pada tahun 2015,ianya lebih kepada kerja-kerja kebajikan membantu orang-orang yang susah kelaparan,memerlukan dan gagasan itu telah berjalan sampai ke TOGO dan seluruh Africa.

Ali Banat telah memulakan GO FUND ME untuk kerja-kerja kebajikannya.







Pesanan serta Amanat terakhir Ali Banat.



Dalam klip video yang di muatnaiknya dia ada memberikan beberapa pesanan untuk masyarakat di luar sana.






1. Saudara saudari kamu kena ada perancangan projek dalam hidup untuk membantu orang lain walaupun bukan dari apa yang kita boleh  lakukan sendiri boleh jadi juga ianya melalui idea orang lain selagi kamu di beri peluang untuk hidup.

2. Kepada saudara saudari di luar sana yang melakukan kerja-kerja kebajikan, jika kamu dapat memberi Insprasi pada 1 atau 2 atau 3 orang malah lebih kepada orang lain.Insya Allah kamu akan diberi keberkatan dari Allah S.W.T pada hari kematian anda dan selamanya sehingga hari pengadilan.(hari kiamat) InsyaAllah.

3. Jika kamu terasa amat memerlukan seseorang untuk memberimu perhatian, janganlah berasa risau dan bersedih kerana Allah S.W.T akan menghantar sesorang kepada kamu tanpa kamu duga atau kamu rancang, kamu hanya perlu terus percaya dan Tawakkal kepada-NYA InsyaAllah.


-Video The Prophet Phat.
-Credit OnePhat Network.






Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat keatas Rohnya saudara Ali Banat,
Meletakkan dia di atas junjungan yang tertinggi disamping orang-orang yang beriman dan dikasihi-NYA...AMIN ya Robbal alamin...







No comments:

Resepi Chicken Chop Lemonade

Sempena Posting CJM yang ke-30 ini, CJM akan berkongsi satu Resepi Western Food yang garing,rangup dan... nyummy menyelerakan, yang...